Monday, November 9, 2009

KEROPOK LEKOR



Bila musim cuti sekolah, ramai pelancong yang datang ke Kuala Terengganu untuk melihat keindahan Taman Tamadun Islam (TTI) yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Untuk ke sana, laluan jalannya ke Muzium Negeri. 

Selesai melawat Muzium yang terbesar di Asia Tenggara tu bolehlah pergi melawat TTI. Sungguh indah. Sesiapa yang datang ke Terengganu kalau tak berkunjung ke TTI ni memang sepertinya tidak sampai ke Terengganu. Dan jangan lupa singgah ke Losong Haji Su untuk beli Keropok Losong.



Keropok adalah sejenis makanan berasaskan ikan yang paling popular di negeri Terengganu. Ianya diperbuat daripada isi ikan,sagu,tepung ubi dan garam, diadun dan dibentuk memanjang sebelum dimasak. Nama keropok lekor ini berasal dari bentuknya yang panjang lebih kurang ½ meter dan boleh (dilekor) dilingkar menjadi satu lingkaran. Manakala nama keropok losong adalah dinisbahkan kepada nama tempat iaitu Kampung Losong.

Walaubagaimanapun keropok lekor tradisional ini telah dipertingkatkan dan diubahsuai mengikut kehendak pengguna dan trend pasaran masa kini. Keropok lekor sekarang lebih pendek saperti sosej yang mana lebih senang dimakan dan mesra pengguna. Keropok lekor juga boleh disimpan sejukbeku. Pengguna hanya perlu memanaskannya sebelum dimakan.

Bila dah balik dan kalau nak buat keropok, resipinya sebegini.....

Bahan:

Isi ikan selayang/ikan tamban 1.5 kg
Tepung sagu 1 kg (atau tepung ubi atau campuran antara keduanya)
Garam halus 50 g
Gula 25 g
Air (berais) 500 - 625g
MSG (jika suka)

Kaedah:

1. Ikan disiang, perut dibuang dan dibersihkan. Ambil isinya.
2. Kisar isi ikan dengan alat pengisar.
3. Campurkan garam,gula, MSG.
4. Masukkan tepung sagu dan air berais, dan gaul sehingga sebati.
5. Bentuk adunan menjadi batang seperti sosej.
6. Rebus di dalam air yang mendidih sehingga masak atau kukus atau terus goreng.
7. Hidang keropok lekor bersama sos cili/sos pencicah.

6 comments:

  1. Terimakasih kerana berkongsi resepi yang sangat sedap ini..

    ReplyDelete
  2. saya mintak izin ambik respi ni ek..ade kawan nak jual keropok ni... moga murah rezki atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
  3. Resepi yang saya paparkan kat sini semua untuk dikongsi. Nak buat bisnes pun boleh. Kalu nak tahu resepi lain pun kak mas akan bagi....

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak
    nama saya sarah,boleh saya tahu nama penuh kak dan binti sekali kerana saya kena buat satu tugasan berkenaan buku resepi masakan...harap akak beri kerjasama

    ReplyDelete
  5. Maklumat Kak Mas ada kat FB..... boleh pm kat FB ...

    ReplyDelete
  6. Air berais itu dapat merencatkan pertumbuhan bakteria, jika buat dalam kuantiti banyak pula, gunakan ketulan ais semasa mengisar isi ikan. Kalau tidak nanti haba kepanasan semasa pengisaran akan mempercepatkan pertumbuhan bakteria pengurai menyebabkan isi ikan rosak dan keropok yang dibuat tidak berkualiti...

    ReplyDelete

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0