Sunday, May 29, 2011

Nasi Beriani Kak Ani

Bahan-bahannya:

6 ketul potongan ayam
4 cawan beras basmati (kosek, basuh dan toskan)
1 cawan susu sejat Ideal ( perah 1 biji limau nipis)
5 sudu besar minyak sapi Ghee Blend
4 1/2 cawan air sejuk

Bahan-bahan yang perlu dilumatkan:

20 biji badam
12 ulas bawang merah
4 siong bawang putih
2 cm halia
2-3 helai daun pandan, siat dan simpulkan
Segenggam daun ketumbar
Segenggam bawang goreng
1/2 cawan gajus
1/2 cawan kismis


Cara-cara Membuatnya

1.   Panaskan minyak sapi dan tumis bahan yang telah dilumatkan.
2.   Masukkan susu cair serta air.
3.   Bila telah mendidih, masukkan beras dan apabila air mula berkurang.
4.   Turunkan periuk dari dapur dan gaulkan daun ketumbar dengan senduk, selak-selakkan beras dan tanam potongan ayam.
5.   Dengan menggunakan sudu  buat beberapa lubang pada nasi tadi dan bubuh safaron. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng.
6.   Tutup dan letakkan semula periuk ke atas dapur dan tanak semula hingga nasi masak. 
7.   Jangan terlebih gaul nanti nasi akan patah-patah.
8.   Hidangkan bersama lauk sampingan seperti dalca, ayam masak merah, paceri nanas, acar timun atau acar buah.
9.   Untuk lauk tambahan buatlah kurma ayam / daging.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0